Thursday, August 11, 2011

Kad Raya vs SMS Raya

Assalamualaikum
kawan-kawan blogger ku sekalian...

apa yang korang semua tengah buat tu hah...
boleh aku join sekali tak?

mood aku nak update blog hari-hari dah datang ok...
so,korang tak payahla nak dok pelik sangat
kenapala aku ni rajin sangat...sebenarnye dah takde keje kat ofis
ni...tu yang aku dok berceloteh je kt blog aku ni...
harap-harap korang takdela boring nak baca 
blog aku ni ea...entry yang aku buat pun based on ilham yang datang secara
tiba-tiba...dah macam komposer lagula pulak aku ni kan...


Alhamdulillah harini genapla 12 hari
kita sebagai umat Islam meyempurnakan ibadah puasa...
siapa-siapa yang dah ade tinggal ponteng puasa tu paham-paham jela ea..
jangan lupe pulak nak ganti...ade tu boleh pulak
lupe berapa hari aku ponteng puasa tahun lepas ek...
biasanye ni semua perangai kaum hawa la...
aku pun tak terkecuali ok....
huhu~


peringatan kat diri sendiri:

sila ingat berapa hari anda ponteng puasa ye...!!!


bercakap pasal bulan Ramadhan mestila tak lupe
nak bercerita pasal bulan Syawal kan...

aku pun dah asyik fikir pasal raya je ni...
dengan baju rayanye...kuih raya lagi...
yang paling pening nak fikir pasal duit raya la kan...
al-maklumla bila dah bekerja ni kenala prepare duit raya untuk budak-budak..
nanti ade yang cakap aku ni kedekutla pulak..
budak-budak zaman sekarang ni pulak dah pandai demand..
duit raya kalau seringgit dua memang tak pandang...

aku rasa entry aku kali ni ade bersangkut-paut dengan entry aku
yang sebelum nila pulak...
ala,entry aku pasal Raya Dulu dan Raya Sekarang tu...

kali ni aku juz nak kenang-kenang zaman aku muda-mudi dulu...
time tu bile nak raya je sibukla dok beli kad raya...
macam-macam pattern pulak tu...ade yang gambar kartun la, 
masjidla, orang bakar lemangla, orang buat ketupatla...
ish,kalau nak bercerita memang tak tersebutla...

jom kita layan antara design and pattern kad raya ni...
rasanye dah bertahun-tahun tak tulis kad raya
ni..rindu pulak zaman kegemilangan kad raya ni kan...
huhu~









sekarang ni boleh dikira dengan jari tau berapa 
ramai yang still menggunakan kad raya ni...

yela,zaman pun dah canggihkan...dah takdela yang nak hantar
kad raya ni...semuanya prefer hantar sms raya
sebagai pengganti kad raya...

bile dapat sms tak se'excited' dapat kad raya...
kalau dulu dok berlari-lari anak bila dengar
abang posmen datang...sampai berebut nak tengok kad raya tu sape punye...
time tu abang posmenla yang sentiasa
dikejar and dipuja-puja...

yang aku paling ingat ade yang tulis 
TQ Abang Posmen dekat sampul kad raya...
oh,abang posmen...!!jasamu tetap ku kenang...hihi~
ish...dah kenapa dengan aku ni...
melalut pulak time-time macam ni...
ni namanye tak sabar nak balik kampung ok..
mood keje pun nak terbang ke mana ntah...

tadi aku dah bercerita pasal kad raya..
sekarang ni aku nak pinjam mata and masa korang untuk baca
bebelan aku yang selanjutnye pasal sms raya pulak...

kalau korang nak bagi sms raya kat kawan-kawan
korang and time tu korang dah blur gile + takde idea bolehla
mintak tolong Mr Google ye...on the spot korang akan dapat...
tak pun korang bukak jela blog aku ni...
kan lagi senang...hihi~


Syawal ke -4 sesudah raya,
laungan takbir masih bergema mengegar jiwa,
sekiranya ada salah dan dosa,
ampun di pinta di hari mulia,
maaf zahir batin.
Selamat Hariraya Aidilfitri


Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
'Salam Aidilfitri, maaf zahir batin'


Bakar LEMang sambil bdiri,
UNtuk juadah AIDIL FItri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje pnggganti diri.
Maaf Dzahir dan Batin,
Maaf Dpinta jika ada keterlanjuran kata BICARA


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!


Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah 


Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan diAidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati,
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN"


Ramadhan berlalu, semoga bertemu kembali;
Muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri
SMS dihantar mengganti diri;
salah & silap harap dimaafi.



akhirnya selesai sudah karya aku yang tak seberapa ni...
time rehat pun makin mencemburui aku ni...
so,sebelum berakhir time rht aku baikla aku
akhirkan bebelan aku....


ok,uoLLllss....
jumpa lagi next entry ok....


-salam perantauan dari aku-
hehehe~


No comments:

Post a Comment