Wednesday, June 1, 2011

Nora Elena (Slot Akasia TV3)

hello korang semua....lamenye aku menyepi tanpa beritakn...
sekarang ni aku tengah boring tahap cipan tau x...
daripada aku buang mase wat benda laen,
baekla ak meng'update' blog aku yang 
dh bersawang ni...

sekarang ni aku rase sume orang tengah demam NE...
NE tu stand for NORA ELENA....hehehe


korang tengok x cite 2???
ish...ish...rugi tau kalau xtengok...
punyela romantik n swet gile cite 2...
tengok banner pn dh tau....
cite ni start kul 7 p.m sampaila 8 p.m
kire sesuai sangatla untuk orang yang bekerjakn...
mana taknye,balik keje terus duduk depan tv coz tunggu cite 2...
aku pun xlepaskan peluangla...(^_^)

sebelum aku cite lebih lanjut pasal cite ni,jom kite
layan pelakon-pelakon yang menerajui drama ni...
(alahai,skemala plak aku ni...hihi~~)


Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin


Wan Sharmila


Erry Putra


Puteri Fateen

sebenarnye drama ni menggantikan slot akasia
yang sebelumnya iaitu CINTA ANTARA KITA...

Drama Nora Elena telah diadaptasikan
dari novel popular iaitu KASIH YANG SUCI
karya Meen Zulaikha dan diterbitkan oleh Karangkraf.

kat sini aku bagi sinopsis untuk cite ni wat 
korang feeling-feeling dlula ea...hehehe~

SINOPSIS NORA ELENA SLOT AKASIA TV3

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena (Siti Saleha) dinodai. 
Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. 
Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. 
Saiful Idham (Eid), tunangnya pergi kerana tragedi ini. 
Tiba-tiba muncul Seth (Aaron Aziz)
 menawarkan diri utk menjadi suaminya. 
Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. 
Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. 
Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. 
Namun kenyataan tidak seindah impian. 
Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. 
Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun 
hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. 
Jiwa lelakinya merintih. 
Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. 
Perkahwinan ini adalah simpulan mati. 
Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? 
Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. 
Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. 
Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… 
saling memerlukan dan mencintai. 
Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. 
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. 
Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah 
syurganya di akhirat nanti.

banyak betul persoalan yang bermain kat kepala otak ni...

Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? 
Apakah motif Seth mengahwini Nora?

so,untuk mengetahui jawapan kepada setiap persoalan 2,
jomla kite ramai-ramai meluangkan masa
dan menunggu sehingga episod akhir....

tetibe rase tak sabar plak nak balik keje...
huhuhu~

No comments:

Post a Comment